Saturday, 6 August 2011

C.I.N.T.A



cinta... bukanlah sesuatu yang di undang utk datang singgah di hati.. bukan juga di alu-alukan datang untuk melukakan hati.. kita tidak pernah akan tahu bila hadirnya cinta...namun bila tiba nya waktu, hulurkan kedua-dua tangan mu menerima nya dengan ikhlas.. cinta adalah anugerah ALLAH yang indah dan suci jika kita dapat menilai dan mentafsirkannya..

untuk bercinta dan mencintai sangat mudah, namun untuk dicintai sukar untuk didapati.. cinta tidaklah buta,tetapi akan menjadi buta sekiranya menguasai diri tanpa pertimbangan.. cinta sebenar dan sejati dapat dilihat dari pergorbanannya dan bukanlah dari pemberiannya.. keikhlasan cinta lahir dari diri nya yang sebenar, dan bukanlah mengubahnya menjadi seperti diinginkan..

saat indah ketika menyulam cinta, tidak sedar pusingan waktu.. tidak jua detik saat berlalu.. terasa wangi dan mekar sepanjang waktu.. seakan ingin menghentikan saat itu.. melambangkan betapa indah nya menyulam cinta..

namun, bukanlah laut jika tidak dilanda gelora, dan bukanlah cinta jika tidak terluka.. kecewa bercinta tidak bermakna dunia berakhir..janganlah menangisi perpisahan dan kekecewaan bercinta, terimalah cinta itu bukan milikmu.. anggaplah cinta hanyalah keindahan perasaan dan dipisahkan kerana ada hikmah terbaik untukmu...

2 comments:

  1. TQ dear.. nice entry..
    macam2 pandangan orang tentang cinta..
    visit my blog dan bace pandangan sy terhadap cinta ^^

    ReplyDelete
  2. @ruby sarip
    okeh...tq dear. hehe. yela kan.. lain org lain pandangan. hehe. btw tq. ^^

    ReplyDelete